
Ya, setelah sekian lama menunggu kini anda sudah boleh mengeluarkan duit PayPal anda di bank-bank Malaysia menerusi rangkaian MEPS. Ini bermakna, semua bank di Malaysia boleh diterima. Terima kasih kepada bro Shahraduan yang menjadi orang terawal memberitahu saya perkara ini menerusi laman facebook beliau. Adakah anda merasakan ini berita baik kepada anda atau berita buruk?
Bermula pada hari ini, semua wang PayPal dibenarkan untuk dikeluarkan secara terus ke Bank di Malaysia menerusi rangkaian MEPS. Ramai usahawan2 eBay menghubungi saya pada hari ini untuk mengesahkan perkara ini. Ramai juga yang bertanya bagaimanakah untuk mengeluarkan duit paypal ke akaun bank. Untuk mengetahui cara-cara menetapkan account bank anda, sila lihat video yang baru saya upload sebentar tadi di bawah ini.
Anda perlulah menggunakan akaun bank yang mempunyai nama yang sama dengan nama akaun PayPal anda atau transaksi tersebut akan ditolak. Jika anda adalah pemilik BUSINESS ACCOUNT, anda perlulah menggunakan account bank perniagaan anda. Di sebabkan ia baru sahaja dibenarkan hari ini, saya sendiri tidak pasti tentang withdraw wang paypal business ke account peribadi pemilik akaun. Yang pastinya jika anda mengeluarkan jumlah melebihi RM400, ia adalah percuma. Jika bawah RM400 anda akan di caj RM3 untuk setiap pengeluaran. Walaubagaimanapun, jika anda mengeluarkan wang dari nilai USD ke MYR, anda akan dicaj 2.5% oleh PayPal sebagai caj pertukaran matawang.
Berikut adalah Routing Code BANK MALAYSIA ('juga dikenali sebagai SWIFT Code')
NAMA BANK – MEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
AMBANK BERHAD - ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL
BANK OF AMERICA - BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD - BSNAMYK1
CITIBANK BERHAD - CITIMYKL
DEUSTCHE BANK - DEUTMYKL
EON BANK BERHAD - EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD - HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD - MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD - PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD - RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK - UOVBMYKL
Bersama-samalah kita memanfaatkan kemudahan ini bagi memudahkan urusan dan perjalanan perniagaan online anda. Yang nyatanya, ia adalah langkah awal SSM untuk memantau perniagaan internet di Malaysia. Marilah kita bersama-sama menyediakan payung sebelum hujan.
APAKAH KESAN PERUBAHAN INI KEPADA ANDA? ADAKAH IA MEMBAWA KESAN POSITIF ATAU NEGATIF? KONSGI KOMEN ANDA DI RUANGAN BAWAH. TERIMA KASIH. :)



No comments:
Post a Comment