Myspace Layouts

Tuesday, March 30, 2010

Button merendah diri


BUTTON tidak meletakkan sasaran
untuk menjuarai GP Malaysia, Ahad ini.


LONDON - Pemandu McLaren, Jenson Button tidak meletakkan sasaran tinggi untuk menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia, Ahad ini.

Meskipun muncul juara GP Australia Ahad lalu, Button mengakui agak sukar baginya untuk mengulangi kejayaan yang sama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nanti.

"Saya rasa keadaan cuaca di Melbourne membantu saya memenangi perlumbaan GP Australia.

"Sebenarnya, kami tidak mempunyai pelu- ang cerah untuk terus meraih kejayaan pada dua atau tiga perlumbaan seterusnya.

"Kami bernasib baik kerana meraih mata maksimum walaupun jentera kami bukanlah jentera terpantas.

"Kami perlu terus berusaha untuk memperbaiki beberapa kelemahan," akui Button yang berharap kru pasukannya dapat meng- atasi beberapa kelemahan yang ada pada jentera MP4-25.

Mengulas lanjut mengenai kejayaannya di Melbourne, Button berkata, dia bernasib baik kerana dapat memintas Sebastian Vet- tel selepas pemandu Red Bull itu mengalami masalah brek sehingga terbabas di laluan berpasir.

"Saya cuba mengejar Vet- tel tetapi dia semakin pantas. Saya tidak tahu sama ada saya mampu menewaskannya jika dia tidak terbabas.

"Kejayaan ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik di Malaysia nanti," kata Button yang turut men- juarai GP Malaysia musim lalu ketika bersama pasukan Brawn GP. - Agensi

Hamilton terpaksa akur keputusan McLaren


HAMILTON mengaku masih menjalin hubungan yang baik dengan rakan sepasukannya, Jenson Button.


LONDON - Pemandu McLaren, Lewis Hamilton menarik balik kritikan yang dibuat terhadap pasukannya sendiri pada perlumbaan Grand Prix (GP) Australia, Ahad lalu.

Terdahulu, Hamilton yang juga juara dunia 2008, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan McLaren yang dianggap menjadi punca dia gagal menaiki podium di Litar Albert Park.

Hamilton berada pada kedudukan yang selesa untuk menamatkan saingan di tempat kedua sebelum diminta memasuki pit buat kali kedua bagi menukar tayar.

Lebih malang, Hamilton terlibat dengan dengan kemalangan bersama pemandu Red Bull Racing, Mark Webber dua pusingan sebelum perlumbaan tamat dan hanya berjaya menamatkan saingan di tempat keenam.

Namun, selepas mendapat penjelasan daripada pasukannya, Hamilton mengakui sudah boleh menerima keputusan tersebut.

"Pasukan saya telah menjelaskan secara terperinci kenapa mereka meminta saya memasuki pit buat kali kedua dan kini saya faham mengapa keputusan tersebut perlu dibuat," kata Hamilton.

"Kami semua masih belajar mengenai penggunaan tayar untuk musim ini dan pengalaman ini akan membantu kami untuk lebih bersedia pada baki perlumbaan musim 2010."

Sementara itu, Hamilton juga menjelaskan yang dia tetap menjalin hubungan baik dengan rakan sepasukan, Jenson Button yang muncul juara di Melbourne hanya pada penampilan keduanya bersama McLaren.

"Sebaik sahaja Button menamatkan sidang akhbar, saya bertemu untuk mengucapkan tahniah kepadanya," kata Hamilton.

"Dia memang berhak untuk menang kerana dia langsung tidak melakukan sebarang kesilapan di Melbourne.

"Sudah tentu saya ingin menang pada setiap perlumbaa tetapi jika saya tidak berjaya, saya ingin kemenangan tersebut menjadi milik rakan sepasukan berbanding pemandu lain." - Reuters

Arsenal berdebar menanti Barca


FEBREGAS (kanan) yang masih dibelenggu kecederaan lutut hanya boleh beraksi dalam tempoh yang singkat awal pagi esok.


LONDON - Kem Arsenal tersentak menjelang pertembungan dengan Barcelona dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Selepas kehilangan beberapa pemain utama sebelum sepak mula aksi di Stadium Emirates itu, kini pengurus Arsenal, Arsene Wenger resah menanti keputusan sama ada kapten, Cesc Fabregas dapat diturunkan atau seba- liknya.

Febregas yang dibelenggu kecederaan lutut dilapor masih belum pulih sepenuhnya dan hanya mampu untuk beraksi dalam tempoh yang singkat sekiranya dia berhasrat diturunkan nanti.

Jika benar Febregas tidak dapat diturunkan, ia adalah satu tamparan hebat buat Wenger kerana dia dalam usaha untuk mencari percaturan terbaik bagi menewaskan kelab gergasi Sepanyol itu.

"Dia (Febregas) mempunyai kelebihan dari segi fizikal. Setiap kali dia turun beraksi, dia pasti akan bermain dengan penuh bertenaga.

"Jika dia tidak dapat diturun- kan pada perlawanan suku akhir pertama ini, ia adalah merupakan satu kehilangan besar buat kami," jelas Wenger.

Sementara itu, jurulatih Barca, Pep Guordiola mahu anak-anak buahnya mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam usaha mencari bekalan selesa bagi dibawa ke Nou Camp pada aksi suku akhir kedua nanti.

"Tidak kiralah menang atau pun kalah, saya mahu para pemain membuktikan kepada seluruh dunia siapa kami sebenarnya dan apa yang kami terapkan dalam corak permainan kami," katanya.

Barca dijangka turun tanpa kelibat tonggak tengah, Andres Iniesta yang mengalami kecede- raan hamstring.

Bagaimanapun, Guardiola masih boleh menghela nafas lega apabila pemain pertahanan, Eric Abidal dan Gerard Pique telah pulih daripada kecederaan dan dijangka kembali membarisi kesebelasan utama. - AP

Komik Superman edisi 1938 dilelong RM4.9 juta


GAMBAR menunjukkan komik Action Comics No. 1 yang menunjukkan watak Superman.


NEW YORK - Sebuah komik Action Comics No. 1 edisi tahun 1938 dijual kelmarin pada harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta) menerusi lelongan di laman web ComicConnect.com.

Komik itu menampilkan watak Superman dan pada asalnya dijual dengan harga AS$0.10 (RM0.32).

Pada Februari lalu, komik yang sama dijual pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) walaupun ia tidak berada dalam keadaan yang baik.

Dianggarkan terdapat 100 naskhah komik Action Comics No. 1.

Naskhah itu dinilai tinggi sedikit berbanding komik yang dijual pada Februari lalu sebanyak AS$1 juta.

Komik yang dilelong kelmarin itu dibeli daripada seorang pengumpul sebelum dijual oleh Stephen Fishler dan Vincent Zurzolo, pemilik bersama laman web ComicConnect.com.

Komik itu dibeli selepas beberapa minit diiklankan.

"Saya tidak fikir akan terdapat buku lain yang boleh menandingi harganya. Ini mungkin harga rekod terakhir untuk sebuah komik sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 atau 20 tahun akan datang," kata Fishler. - AP

Model Satria paling berkuasa




KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. melancarkan model berprestasi tinggi, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition (gambar) yang ditawarkan pada harga RM115,000 sebuah.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya buat masa ini hanya mengeluarkan 25 buah kereta itu dengan 11 tempahan telah diterima.

Monday, March 29, 2010

Mini Cooper berkilat tiada insurans


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan kereta Mini Cooper yang mencetuskan masalah kepada Ian (kanan) dan pasangannya, Toni.


NOTTINGHAMSHIRE, Britain - Nasib pasangan Ian dan Toni Grice amat malang selepas sebuah Mini Cooper bersadur krom berharga AS$56,956 (RM186,103) yang baru mereka beli tidak boleh dipandu di atas jalan raya kerana tidak memiliki insurans, lapor sebuah akhbar semalam.

Ian yang berusia 42 tahun ternampak model edisi terhad yang berkilat itu di sebuah bilik pameran di London pada Hari Kekasih lalu dan membelikannya untuk Toni, 41.

Beliau diberi insurans percuma selama seminggu oleh BMW yang membolehkannya memandu sejauh 193 kilometer ke rumahnya di Greasley, Nottinghamshire.

Namun, selepas tempoh itu tamat, Ian cuba untuk mendapatkan perlindungan insurans biasa tetapi permohonannya ditolak oleh semua firma insurans.

"Tiada firma insurans mahu memberi insurans kepadanya. Pihak insurans menyatakan kereta itu terlalu mudah calar dan rosak," kata Ian.

Jurucakap Persatuan Insurans Britain berkata: "Ia (kereta tersebut) mungkin menjadi sasaran pencuri. Nasihat saya, cuba tanya broker yang terlibat dengan pasaran khas. Namun, dia patut tahu sejumlah wang tertentu perlu dibayar untuk mendapatkannya." - Agensi

Pelakon televisyen jadi sasaran penghendap


Erbe


PHILADELPHIA - Bintang televisyen Law & Order: Criminal Intent, Kathryn Erbe menjadi mangsa sasaran penghendap seorang peminat yang terlalu obses kepadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penghendap itu, Charles Nagel ditangkap pada minggu lalu setelah dia mengekorinya dan menghantar surat cinta serta e-mel kepada Kathryn sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber, Nagel, 36, terlalu obses dengan Erbe, 44, sehingga dia meluahkan perasaannya di dalam blog peribadi MySpace.

Erbe, yang merupakan ibu tunggal dua anak menangani masalah itu dengan cekap untuk beberapa tahun dan memastikan pihak stesen televisyen NBC serta agensi pengawal keselamatan memantau kelakuan Nagel.

Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila dia mula menghantar surat-surat yang penuh mengghairahkan kepada Erbe.

Pelakon itu kemudian menghubungi detektif polis di sebuah balai polis menyebabkan usaha untuk menangkap penghendap tersebut dilakukan. - Agensi

Pintu ke alam selepas mati ditemui di Mesir


GAMBAR menunjukkan pintu granit merah Mesir yang dianggap pintu ke alam selepas mati.


KAHERAH, Mesir - Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.

Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut.

Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.

Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera. - AFP

Nampak gemuk sebab bawa heroin


Tun Hisan menunjukkan sebahagian heroin yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita warga China yang memiliki saiz badan kecil molek namun mengenakan pakaian bersaiz besar membongkarkan rahsia dia sebenarnya membawa heroin seberat 1.8 kilogram untuk diseludup ke Hong Kong.

Wanita yang mencurigakan itu kemudian ditahan oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada pukul 6.35 pagi kelmarin.

Polis menemui dadah bernilai RM250,000 yang dimasukkan ke dalam plastik kemudian dilekatkan pada kedua-dua belah lengan dan kaki wanita berusia 40-an itu.

Majlis kurniaan pingat diteruskan


MOHD. AISERI menunjukkan senarai penerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Majlis Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan 2010 yang diadakan di Istana Balai Besar di sini hari ini bukan dianjurkan sempena acara perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-60.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias yang menyampaikan titah perintah Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkata, penganugerahan itu semata-mata anugerah daripada Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah mendapat perkenan oleh baginda sendiri.

"Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung pada hari esok (hari ini)," katanya pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini semalam.

SSM serbu Grand Merger Network

KUALA LUMPUR - Seramai 10 anggota penguat kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyerbu pejabat pengendali skim kutu pintar, Grand Merger Network Services yang beroperasi di sebuah premis di Tangkak, Muar, Johor semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Muhd. Redzuan Abdullah berkata, berikutan itu pihaknya merampas 29 unit komputer yang digunakan bagi tujuan tersebut, beberapa keping wang pos serta dokumen berkaitan.

Thursday, March 25, 2010

Tak sangka pesawat terhempas


GAMBAR kiri menunjukkan pesawat Pilatus yang stabil sebelum ia terbang menjunam (gambar kanan) dan terhempas di kawasan hutan berhampiran UUM di Sintok, Kedah semalam.


SINTOK - Tidak terfikir langsung pesawat yang sedang membuat pertunjukan udara sempena Karnival Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-23 bermula semalam terhempas dan mengorbankan juruterbangnya.

Mohd. Amin Ahmad, 21, berkata, semasa kejadian dia yang berada di tapak pesta UUM nampak jelas bagaimana pesawat itu menjunam ke arah hutan kira-kira 200 meter dari tapak pesta.

"Pesawat itu telah membuat dua pusingan di tapak pesta dengan terbang rendah sebelum pada pusingan ketiga ia terbang tinggi mencapai 90 darjah.

"Secara tiba-tiba pesawat itu menjunam ke bawah dengan laju di samping mengeluarkan asap putih sebelum terhempas," cerita Mohd. Amin.

Pertunjukan udara oleh TUDM itu adalah sebahagian daripada persembahan dalam upacara perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23 Sidang Pertama UUM yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Mac ini.

Pesawat tersebut berlepas dari Kolej Tentera Udara Alor Setar pada pukul 10.03 pagi untuk membuat pertunjukan namun ia terhempas 12 minit kemudian.

Mengikut atur cara UUM, selepas upacara gimik perasmian oleh Naib Canselor UUM, Datuk Seri Nordin Kardi, pertunjukan udara TUDM adalah yang pertama memulakan persembahan diikuti persembahan pancaragam dan penyerahan replika cek penaja utama karnival konvokesyen tersebut.

Friday, March 19, 2010

Memancing ikan dari balkoni


SUASANA malam yang mendamaikan pasti membuat sesiapa sahaja hanyut bersama emosi asyik bersatu dengan alam semula jadi.


TATKALA kaki melangkah masuk ke perkarangan resort ini, suasana damai datang menjemput apabila melihat pemandangan kehijauan yang begitu indah dan menyegarkan.

Dibina di atas tasik dengan reka bentuk tradisional, Kampung Air dilihat sebagai penginapan paling eksklusif di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, Perak.

Pemandangan alam semula jadi yang terbentang luas menjadikan Kampung Air itu begitu popular di kalangan pengunjung tempatan mahupun dari luar negara yang cintakan suasana sedemikian.

Terletak di dalam kawasan Bukit Merah Laketown Resort, Kampung Air dibina di atas Tasik Bukit Merah yang seluas 2,833 hektar. Bagi penginap unit yang menghadap arah matahari terbit, pagi hari anda akan dihadiahkan dengan sinaran pagi yang memancar indah.


TERDAPAT pelbagai jenis suite yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa anda.


Tasik Bukit Merah adalah salah satu keperluan utama masyarakat setempat kerana air dari tasik itu menjadi sumber utama pengairan yang disalurkan ke sawah-sawah padi seluas 24,000 hektar di kawasan berdekatan. Sumber air tasik yang dirawat juga digunakan untuk keperluan harian penduduk sekitar.

Lebih istimewa, di dalam perut tasik itu terdapat pelbagai spesies ikan air tawar pasti membuat kaki pancing teruja menjadi tetamu resort tersebut.

Lengkap dengan ciri-ciri sebuah percutian berkonsep ekopelancongan di sini, ia disumbangkan dengan dendangan kicauan burung dan gemersik angin yang tidak putus bertiup di celah pepohon rimbun dari hutan berdekatan. Sungguh mendamaikan kalbu.

Bilik resort

Kebanyakan bilik penginapan di Kampung Air berkonsepkan klasik moden. Reka bentuk dalaman setiap bilik pula dihiasi dengan ukiran kayu yang cantik serta lampu berbentuk pelita.


BILIK suite eksekutif ini dilengkapi dengan kemudahan plasma yang boleh diputar sama ada menghadap ruang tamu atau bilik tidur.


Setiap bilik mempunyai balkoni yang dilengkapi dengan kerusi santai dan bagi pengunjung yang datang dari kota, inilah suasana damai yang diinginkan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota.

Kampung Air mula dibuka sejak Februari 2001 dengan hanya lima unit suite sahaja. Di atas faktor permintaan yang menggalakkan, 27 unit baru dibina dan dibuka pada Julai 2006.

Kini, Kampung Air mempunyai 31 unit bilik jenis suite. Terdapat empat jenis suite iaitu Suite Studio, Suite Eksekutif, Suite Keluarga dan Suite Seri Andalan Royal. Dengan kadar penginapan antara RM480 hingga RM2,000 mengikut jenis bilik dan musim tempahan, tetamu boleh memilih mengikut kesesuaian bajet.

Setiap suite dilengkapi dengan pendingin hawa, kelengkapan hotel yang mewah serta mempunyai peti keselamatan di dalam bilik. Salah satu unit lama di Kampung Air itu pula telah diubahsuai menjadi spa yang menawarkan perkhidmatan tambahan kepada pengunjung.


MENIKMATI sarapan pagi di balkoni bilik pastinya sangat romantik.


Sebahagian daripada 22 bilik Suite Studio mempunyai keistimewaannya tersendiri. Berkeluasan 409 kaki persegi, setiap bilik dilengkapi dengan tab mandi dengan bukaan tingkap bagi membolehkan pemandangan di luar dihayati sewaktu menyegarkan diri.

Bilik penginapan yang paling eksklusif di Kampung Air ialah Suite Seri Andalan Royal yang mempunyai satu bilik Suite Studio, satu bilik Suite Eksekutif dan satu ruang legar.

Bagi kaki pancing, Kampung Air merupakan satu pilihan penginapan yang tepat bagi mereka. Pengunjung yang menginap di sini boleh memancing dari balkoni bilik dalam suasana yang amat selesa.

Setiap bilik dibekalkan dengan sebatang joran secara percuma dan joran tambahan juga boleh disewa dengan harga yang berpatutan.

MPV atau station wagon?


PERODUA Alza harus dibandingkan dengan model seperti Nissan Livina atau Cangan Era CM8, bukannya Proton Exora.


APAKAH impresi pertama pada MPV ini? Saya tidak teragak-agak menyatakan bahawa Alza sebenarnya ialah sebuah station wagon yang dipasang dengan tempat duduk ekstra di bahagian belakangnya.

Jika anda mahukan fungsi lengkap sebuah MPV tujuh tempat duduk, lebih baik lupakan. Tempat duduk baris ketiga hanya boleh dihuni dua orang budak kecil seberat 20 kilogram atau dua ekor kucing. Jika tempat duduk tersebut digunakan, anda terpaksa memikirkan cara lain untuk menyimpan bagasi. Misalnya, letakkan sahaja pakaian di dalam beg plastik.

Namun walaupun kecil, saya gemar memandu kereta Alza kerana posisi pemanduannya yang unik. Tempat duduk jenis bench di hadapan, gear di atas papan pemuka dan brek parkir di kaki memang ergonomik.


REKA bentuk Alza yang moden dilihat mampu menarik minat golongan muda, walaupun ia mungkin lebih sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga.


Saya pernah bertanya kepada jurutera Perodua sewaktu Kenari RS dilancarkan beberapa tahun lalu. Mengapa model Kenari versi terakhir tersebut tidak dipasang tempat duduk jenis bench, gear kolum dan brek parkir di kaki? (mengikut spesifikasi asal Daihatsu Move). Jawapannya, mereka rasa rakyat Malaysia belum bersedia dengan teknologi tersebut. Benarkah begitu?

Apabila kedudukan gear dan brek parkir disusun sebegitu, secara tidak langsung, ruang lantai hadapan dikosongkan. Bagi sebuah MPV kompak yang saiz menjadi satu aspek kritikal, aplikasi itu memberikan ruang luas di bahagian kaki.

Satu keputusan baik yang diambil oleh Perodua adalah memasang gear jenis konvensional. Model asal Alza versi auto (Passo Sette, Boon Luminas) menggunakan gear jenis gaiter yang memang saya tidak gemari. Lebih mudah dengan satu tolokan dan pengunci di sisi sahaja.

Cuma agak sukar untuk pemandu kerana tiada lampu indikator menyala di bahagian tuil gear. Anda terpaksa mengharapkan indikasi pada meter tengah yang agak jauh untuk mengetahui kedudukan gear.

Kedudukan bentangan bacaan meter di bahagian tengah bukanlah sesuatu yang baru. Ia popular kerana memberi lebih banyak ruang di bahagian kaki pemandu. Kalau dibandingkan dengan Myvi dengan platform yang sama, ruang kaki Alza lebih luas.

Kabin Alza

Jika tidak digunakan, lebih baik lipat sahaja tempat duduk baris ketiga. Jika tidak, penumpang baris kedua akan sengsara akibat lutut yang berlaga dengan tempat duduk hadapan.


RUANG kaki pemandu dan penumpang hadapan yang terasa luas berikutan ketiadaan konsol tengah untuk menempatkan tuil gear dan brek tangan.


Gelongsorkan tempat duduk baris kedua ke belakang dan anda akan dapat posisi duduk yang selesa. Dalam kebanyakan kereta Perodua yang pernah dijual sebelum ini, saya tidak pernah suka dengan tempat duduknya yang terasa benar ia kereta murah dek pengurangan kos. Myvi misalnya memiliki konfigurasi posisi tempat duduk belakang dengan kecondongan yang pelik. Akhirnya anda mendapat sakit belakang jika berjalan jauh.

Namun, Alza memiliki tempat duduk yang lebih berkualiti. Model pandu uji itu dilengkapi dengan pelaras tempat duduk pemandu yang amat berguna untuk mendapat posisi pemanduan yang selesa.

Dengan lantai yang agak rendah dan bumbung yang tinggi, mungkin itu sahaja yang membuatkan anda rasa seperti memandu sebuah MPV. Cermin sisinya juga cukup besar untuk melihat sebarang objek dari belakang. Lebih bagus kalau didatangkan dengan fungsi boleh lipat untuk memudahkan ia diparkir di kawasan yang sempit.

Jika memandu Myvi membuatkan anda rasa perlu memaksa enjin untuk bergerak cepat, Alza nyata berbeza. Perbandingannya mungkin sama apabila sebuah casis lebih panjang digandingkan dengan enjin 1.5 liter, sementara Myvi dengan nadi 1.3.


ENJIN 3SZ-VE bersesaran 1. 5 liter memberikan tujahan kuasa yang cukup baik terutama ketika memandu di kawasan bandar.


Namun kebijaksanaan Alza terletak pada nisbah gearnya. Walaupun enjin 3SZ-VE itu kurang berkuasa dengan 103bhp/136Nm berbanding unit yang sama pada Rush dan Avanza (108bhp/141Nm), susunan gear yang betul menjadikan pemanduan versi automatik itu menyeronokkan.

Kuasa dihantar terus ke roda hadapan dengan cepat, gear kedua dan ketiganya juga sampai tepat pada masanya. Pemanduan stop-go menjadi mudah. Namun kuasa memecut dan mendaki tidaklah begitu mengagumkan.

Kelajuan 120 kilometer sejam (km/j) hingga 140 km/j mungkin angka yang ideal untuk kereta itu di lebuh raya. Setangki minyak 42 liternya dapat membawa saya sejauh hampir 400 km. Ia termasuklah perjalanan di lebuh raya dan dalam bandar.

Bagi sebuah kereta yang dijual pada harga RM58,990 (model asas automatik) memang Alza menampilkan satu pakej kereta bandar dan mini MPV yang mencapai sasaran.

Jika anda memiliki sebuah keluarga kecil atau bujang yang inginkan versatiliti station wagon, ini mungkin calon yang sesuai. Tetapi jika anda mahukan saiz, jawapannya, lupakan.

Exora menang dalam aspek tersebut.

Mercedes-Benz S-Class


INOVASI teknologi SPLIT VIEW membolehkan pemandu dan penumpang melihat paparan berbeza pada skrin yang sama.


MEMANG benar, bukan senang mencipta kejayaan. Tetapi adalah lebih sukar untuk mengekalkan kejayaan itu dalam tempoh yang panjang. Dalam dunia automotif yang sangat kompetitif, kesilapan dalam menghasilkan sesuatu model penting boleh membawa musibah.

Sejak kurun ke-20, jenama yang terhasil daripada logo tiga bintang itu cukup sinonim dengan kemewahan. Biar di negara mana sekali pun, Mercedes-Benz sering dikaitkan dengan kejayaan, sama ada dalam bidang perniagaan atau kerjaya. Biarpun bukan semua model dari siri S menjadi, tetapi majoritinya memperoleh maklum balas positif daripada peminatnya.

Buktinya, S-Class pernah dikatakan sebagai model salon mewah paling berjaya sejak tahun 1951. Apabila model W220 mencatat jualan 3.3 juta unit di seluruh dunia. Di sini, S-Class merupakan peneraju pasaran dengan menguasai 70 peratus dalam segmen yang disertainya.

Selepas empat tahun produksi dan jualan model S-Class dengan kod badan W221 itu berlangsung di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab memasar dan memasang jenama tersebut di pasaran tempatan kini tampil dengan generasi terbaru S-Class.

Ketiga-tiga varian ditawarkan iaitu S300L, S350L dan S500L ialah model yang dipasang tempatan (CKD) di kilang Mercedes-Banz di Pekan, Pahang.

Transisi ke dalam satu generasi menyaksikan ia menerima banyak perubahan, luaran dan dalaman. Tidak terkecuali pelbagai ciri baru dan tercanggih yang disumbatkan ke dalamnya. Semuanya demi membuatkan S-Class sebuah salon mewah yang tidak boleh dipertikaikan dari aspek keselesaan, prestasi dan keselamatan.

Menerusi talaan lebih baik serta spesifik, penggunaan tayar dengan halangan putaran lebih rendah, modifikasi stereng, pam bahan api, selain aplikasi transmisi automatik 7 kelajuan 7G-TRONIC membuatkannya mampu mengurangkan penggunaan petrol dan emisi sebanyak tujuh peratus.

Menurut Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Kereta Penumpang, Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., Florian Mueller, berikutan jangkaan pasaran yang lebih positif pada tahun ini, pihaknya menjangka dapat menjual sebanyak 400 unit S-Class. Penyumbang terbesar pastinya menerusi model S300L.

"Pelbagai jenis alat pengesan dan sistem elektronik pintar yang ada di dalam S-Class telah menetapkan satu penanda aras baru dari aspek perlindungan penumpang, bantuan pemanduan dan hiburan.


APLIKASI teknologi suntikan bahan api Charged Gasoline Injection (CGI) yang ada pada enjin model C-Class C250 CGI BlueEFFICIENCY memberikannya penjimatan sehingga 12 peratus dan boleh menerima gred petrol RON95 tempatan tanpa sebarang masalah.


"Antara teknologi keselamatan aktif dan pasif tercanggih ialah seperti kombinasi unik sistem kamera dan radar, Blind Spot Assist, ATTENTION ASSIST yang mengesan pemandu mengantuk serta Adaptive High beam Assist. Sistem ini membantu pemandu untuk mengelak situasi kritikal, sekali gus mampu mengelakkan kemalangan," jelas Mueller.

Tidak perlu bimbang jika terpaksa memandu jauh pada waktu malam. Ciri Night View Assist Plus (hanya pada model S350L dan S500L), kamera infra merahnya kini dilengkapi dengan fungsi pengesan pejalan kaki khas. Sebaik sahaja sistem itu mengesan pejalan kaki, imejnya akan dijelaskan pada paparan supaya pemandu lebih berhati-hati.

Satu lagi ciri menarik yang ada pada S-Class ialah SPLITVIEW. Teknologi inovatif ini membolehkan pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan menonton dua paparan berlainan media pada skrin yang sama.

Maksudnya, ketika anda melihat peta navigasi, penumpang pula sedang asyik menonton filem atau klip video tanpa sebarang gangguan.

Mercedes-Benz juga meningkatkan kawalan standard dan sistem paparan COMMAND dengan ciri tambahan, termasuklah slot kad memori SD. Di samping itu, antara muka Bluetooh boleh menyambungkan telefon bimbit dengan sistem hands-free dan antara muka USB. Ia membolehkan pengguna untuk mengimport data seperti maklumat navigasi ke dalam sistem S-Class.


APLIKASI teknologi suntikan bahan api Charged Gasoline Injection (CGI) yang ada pada enjin model C-Class C250 CGI BlueEFFICIENCY memberikannya penjimatan sehingga 12 peratus dan boleh menerima gred petrol RON95 tempatan tanpa sebarang masalah.


Harganya? Mercedes-Benz S300L, S350L dan S500L ditawarkan pada harga RM649,000, RM835,888 dan RM1 juta seunit.

Seminggu kemudian bertempat di Litar Sepang, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan pula model terbaru C-Class yang dipanggil C250 CGI BlueEFFICIENCY. Apa yang membuatkan model itu begitu menarik perhatian semestinya aplikasi teknologi suntikan bahan api Charged Gasoline Injection (CGI) terbarunya.

Sistem suntikan itu menjadikannya sebagai model C-Class paling menjimatkan dengan penggunaan hanya 7.2 liter hingga 7.9 liter petrol sahaja untuk perjalanan sejauh 100 kilometer. Ia bersamaan dengan pengurangan sebanyak 12 peratus dan boleh menghirup gred petrol RON95 tempatan tanpa sebarang masalah.

Enjin M271 DEH empat silinder sebaris itu juga lebih berkuasa dan mesra alam kerana ia menepati piawaian standard emisi Euro5. Dengan kuasa maksimum mencecah 150kW dan 310 Nm tork, memecut dan menyusuri laluan sesak di pusat bandar menjadi satu kerja mudah. Jentera itu hanya memerlukan 7.2 saat untuk sampai ke kelajuan 100 kilometer sejam dari titik pegun.

Mercedes-Benz turut membangunkan pakej pengendalian dinamik (Dynamic Handling Package) yang menawarkan pemandu untuk memilih dua mode pemanduan, Sport dan Comfort.

Menerusi mode tersebut, penyerap hentakan akan dilaras menggunakan pemboleh ubah kawalan elektronik. Justeru, mode yang boleh diubah dengan hanya menekan butang itu berupaya memenuhi kehendak pemanduan yang berbeza.

Pakej itu meliputi stereng tiga jejari yang dipasang dengan paddle shifter. Ia membolehkan pemandu menukar gear tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng.

Menggantikan model C-Class Avantgarde sebelum ini, ia boleh anda miliki pada harga RM287,888 seunit.

Ketelitian demi nyawa




APAKAH perbezaan antara menjadi pengeluar raket badminton dengan peralatan payung terjun? Berkongsi genre sama sebagai salah satu aktiviti sukan diminati remaja, bagaimanapun dalam pembuatan peralatan payung terjun, jika ia tidak dihasilkan dengan penuh teliti, nyawa pemainnya mungkin boleh terkorban bila-bila masa.

Itulah cabaran besar bergelar usahawan yang mengeluarkan payung terjun untuk digunakan pasukan tentera beberapa buah negara di dunia.

Malah, kerana itu setiap payung terjun yang dihasilkan perlu mengikut spesifikasi tanpa mengubah satu perkara pun seperti mana yang ditetapkan.

Namun, semua cabaran dan syarat pembuatan ketat itu bukanlah penghalang bagi syarikat PNP Parachute Industri (M) Sdn. Bhd., berkecimpung dalam menghasilkan payung terjun berkualiti.

Malah, menariknya syarikat yang mempunyai kilang di Kajang, Selangor itu menjadi satu-satunya kilang menghasilkan payung terjun di Asia Tenggara (ASEAN).

Pertemuan dengan Pengurus Operasi PNP Parachute, Kapten (B) Zainol Abdullah di kilangnya baru-baru ini, menyingkap lebih banyak kisah menarik tentang pembuatan produk sukan yang diklasifikasikan ekstrem itu.

PNP Parachute yang membuka kilang sejak tahun 2000 di Malaysia merupakan syarikat hasil kerjasama di antara syarikat pengeluar payung terjun terbesar di dunia dari Afrika Selatan, PISA dengan syarikat tempatan NHSB.

Menurut Zainol yang juga bekas Pasukan Gerak Khas Komando yang pernah mendapat latihan lanjutan di Amerika Syarikat, payung terjun yang dihasilkan PNP Parachute ialah payung terjun untuk pasukan militari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Mengakui faktor keselamatan dan keselesaan menggunakan produk tersebut adalah satu keutamaan, jelas Zainol, tiada tolak ansur dalam aspek itu apabila menghasilkan payung terjun.

"Kilang itu memenuhi semua kriteria utama yang diperlukan untuk mengeluarkan produk payung terjun. Malah, selain mengikut standard yang ditetapkan beberapa pertubuhan, PNP Parachute juga memiliki sijil Kualiti ISO tertinggi dan sijil Kualiti TUV Rheinland.

"Kami juga berdaftar dengan PIA (Persatuan Industri Parachute) selain memiliki sijil pengiktirafan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)," ujarnya.

Tukang jahit khas

Menjengah ke kilang membuat payung terjun tersebut di Bukit Angkat, Jalan Sungai Chua, persekitaran di dalam isi perut kilang yang mempunyai kira-kira 64 buah mesin jahit itu tenang sekali.


ZAINOL menunjukkan payung terjun yang sudah siap dijahit di kilang PNP Parachute di Kajang.


"Semua pekerja perlu memberi fokus kepada jahitan, kerana jika berlaku kesilapan, ia menyebabkan kerosakan kepada payung terjun. Akibat kesilapan itu nyawa pengguna boleh terancam apabila payung terjun rosak atau tidak dapat berfungsi dengan betul," ujarnya serius.

Jelas Zainal, kilang itu mempunyai tiga bahagian utama iaitu penyediaan bahan, pemotongan dan jahitan.

Material untuk membuat payung terjun yang menggunakan fabrik nilon akan disediakan dan dipotong mengikut saiz ditetapkan.

Kain nilon yang sukar diperoleh di Malaysia dan biasanya diimport dari Korea, Afrika Selatan atau Amerika Syarikat dipilih kerana ia sejenis fabrik yang sangat kukuh dan sukar terkoyak.

"Untuk memotong fabrik nilon kita perlu menggunakan mesin dan alat tekap untuk memastikan ukur lilit kanopi payung terjun ialah 35 kaki," ujarnya yang turut mendapat latihan khas membuat payung terjun di Korea dan Afrika Selatan.

Apabila bahagian penyediaan dan pemotongan bahan asas sudah siap sedia, fabrik nilon itu akan dicantum dan dijahit untuk membentuk sebuah kanopi payung terjun.

Memandangkan, tugas menjahit adalah antara peringkat yang paling penting dalam menghasilkan payung terjun, maka akui Zainol, mereka menggunakan tukang jahit khas dan berpengalaman. Kebanyakannya adalah lulusan Institut Pusat Giat Mara.

"Mencantumkan 30 helai kain nilon ini lebih rumit dan mengambil masa yang lama. Kerana itu, ia tidak boleh dijahit oleh sebarangan orang," ujarnya sambil memberitahu benang yang digunakan untuk menjahit juga adalah daripada jenis nilon.

Tidak boleh senget


PROSES jahitan payung terjun perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan tiada jahitan yang senget atau tidak mengikut spesifikasi sehingga mengundang bahaya.


Melengkapkan sebuah payung terjun, abah-abah juga disediakan dan dijahit sepenuhnya di bahagian itu.

Menggambarkan kesukaran dan ketelitian membuat payung terjun itu, Zainol memberitahu, sejurus selepas selesai proses menjahit payung terjun tersebut, ia akan diletakkan di bawah cahaya lampu untuk membolehkan setiap jahitan diperiksa.

Proses itu perlu untuk memastikan setiap inci kain yang dijahit tidak tertinggal atau tidak senget.

"Setiap jahitan mesti mempunyai tujuh hingga 11 tikaman jahitan iaitu merujuk kepada jarak dalam jahitan. Kalau ada yang senget atau terlebih tikaman jahitannya, payung terjun itu tidak boleh digunakan. Jahitan lama akan dibuka dan benang ditanggalkan agar proses jahitan baru dapat dilakukan semula," ujarnya.

Tambah Zainol yang pernah berkhidmat selama 27 tahun sebagai komando, seiring perkembangan teknologi semasa beberapa buah mesin di kilang itu dilengkapi dengan sistem komputer untuk memastikan pembuatan payung terjun lebih sistematik.

Jelasnya dalam proses menyiapkan payung terjun, sekeping traveller card digunakan untuk merekod setiap pembuatan payung terjun.

"Bermula dari pengumpulan material sampai ia disiapkan, kita akan rekod. Ia bertujuan memudahkan kami membuat semakan jika berlaku kerosakan. Dengan cara itu juga kami dapat mengesan pada tangan siapa payung terjun itu rosak," katanya sambil memberitahu sikap amanah paling penting untuk menjadi tukang jahit payung terjun tentera itu.

Menurut Zainol lagi, payung terjun dari kilang itu dihasilkan lengkap sebelum dihantar kepada pembeli. Sampai di kem tentera, pihak yang dilantik di sana akan memeriksa semula payung terjun sebelum digunakan oleh pasukan tentera.

Sempat bertemu dengan Pengurus Besar PNP Parachute Industri (M) Sdn. Bhd., Kolonel Ray Burgess yang kebetulan datang dari Afrika Selatan, Horizon dimaklumkan syarikat tersebut mampu menghasilkan sehingga 50 hingga 70 buah payung terjun sebulan.


PAYUNG terjun tentera berwarna hijau menggunakan fabrik jenis nilon


"Saya di sini mewakili syarikat Aerodyme di Afrika Selatan yang menyalurkan teknologi pembuatan ke kilang ini. Bagaimanapun saya hanya sesekali saya di sini untuk memantau kualiti penghasilan produk," ujar Burgess yang pernah terlibat dalam perang saudara di negara yang pernah mengamalkan Dasar Aparteid itu.

Menurut Burgess lagi, setiap payung terjun yang dihasilkan PNP Parachute mempunyai ketahanan sehingga 10 tahun jika dijaga dengan betul.

Tambahnya, dijual pada harga di antara RM10,000 hingga RM15,000 sebuah, antara jenis payung terjun yang dikeluarkan PNP Parachute termasuklah Round Static Line Personnel Parachute dan Tactical Gliding System.

Ia dibahagikan kepada beberapa jenis model iaitu Saviak MK4, Saviak MK3 (reserve), T10, T10B dan MCI-1C.

Bagaimanapun ketika diminta menyenaraikan pasukan tentera yang menjadi pelanggan PNP Parachute, atas faktor keselamatan Burgess tidak dapat mendedahkannya.

Katanya, bagi menjamin kualiti produk payung terjun yang dihasilkan PNP Parachute, ia diberi jaminan selama 10 tahun dengan khidmat selepas jualan termasuk memeriksa dan membaiki segala kerosakan.

Thursday, March 18, 2010

Red Bull masih boleh berbangga




LONDON - Ketua Red Bull, Christian Horner tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukannya pada perlumbaan pembuka musim Grand Prix (GP) Bahrain, Ahad lalu.

Meskipun gagal untuk meraih kejayaan podium, namun Horner berkata, kejayaan Sebastian Vettel (gambar) menduduki tempat keempat sudah cukup melegakan.

Pemandu muda Jerman itu hampir pasti menjadi juara sebelum mengalami masalah teknikal pada pusingan ke-33, sekali gus meranapkan impiannya untuk meraih kejuaran pertama musim ini.

"Kami berjaya mencatat keputusan yang agak baik di Bahrain dan Vettel mengawal perlumbaan sehingga pusingan ke-33 apabila dia secara tiba- tiba mengalami masalah pada jentera," kata Horner.

"Meskipun kurang bernasib baik, namun jentera P4 masih berpotensi untuk menjadi juara.

"Memang benar kami sedikit kecewa tetapi kami akan pastikan bahawa kami akan terus memberi saingan lebih sengit pada perlumbaan seterusnya."

Horner juga percaya, Vettel merupakan pemandu terbaik di Bahrain meskipun pemandu Ferrari, Fernando Alonso muncul juara manakala rakan sepasukannya, Felipe Massa di tempat kedua.

"Pada pendapat saya, memang Vettel adalah yang terbaik. Dia mampu melaku- kan sesuatu yang luar biasa terutama di selekoh. Dia juga kurang melakukan kesilapan," tambah Horner.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Red Bull, Mark Webber berharap cuaca yang tidak menentu di Melbourne mampu menjadikan GP Australia musim ini lebih menarik.

Sebelum ini, Webber menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap GP Bahrain, Ahad lalu yang dianggap membosankan.

"Bahrain memiliki litar yang menarik tetapi kita semua dihidangkan dengan perlumbaan yang membosankan," kata Webber.

"Saya harap akan ada kejutan di Melbourne. Kita semua tahu cuaca di sana boleh berubah dalam sekelip mata dan sudah tentu banyak perkara yang harus dilakukan dengan secepat mungkin."

Webber juga percaya, masih terlalu awal untuk meramalkan pasukan Ferrari sebagai juara dunia musim ini meskipun pasukan dari Itali itu mendominasi perlumbaan di Bahrain lalu. - Agensi

Abramovich 'sogok' Ancelotti RM505j


SERIUS... Ancelotti (kiri) tekun memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di London baru-baru ini.


LONDON - Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sanggup mengeluarkan dana berjumlah £100 juta (RM505 juta) kepada pengurus, Carlo Ancelotti bagi memperkemaskan kembali skuad The Blues.

Kelmarin, Abramovich dilaporkan telah menemui Ancelotti di padang latihan Chelsea di Cobham, London bagi membincangkan mengenai pembelian pemain-pemain baru termasuklah memancing penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres.

Ia merupakan pertemuan kedua di antara Abramovich dan Ancelotti dalam tempoh 24 jam kerana mereka sudah pun bertemu sebaik Chelsea tewas 0-1 kepada Inter Milan pada kempen Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, Selasa lalu.

Bagaimanapun, Abramovich yang juga ahli perniagaan dari Rusia telah mengesahkan bahawa jawatan Ancelotti sebagai pengurus masih selamat biarpun Chelsea gagal melayak- kan diri ke saingan suku akhir Liga Juara- Juara.

Dalam pada itu, Ancelotti sudah pun menamakan beberapa bintang yang bakal menjadi buruannya termasuk Torres, Sergio Aguero, Maicon, Bastian Schweinsteiger dan seorang penjaga gol baru.

"Ancelotti telah mendapat sokongan sepe- nuhnya daripada Abramovich dan sebab itulah kita akan dapat melihat sejumlah besar wang akan dilaburkan pada musim panas ini yang tidak pernah dilihat sejak Jose Mourin- ho membimbing Chelsea.

"Abramovich percaya Ancelotti merupakan individu yang tepat dan akan memberi- kan apa yang dimahukannya bagi membina semula pasukan. Chelsea memang memerlu- kan sentuhan beberapa pemain baru," kata sumber dalaman Chelsea.

Pemain tengah Chelsea, Joe Cole dijangka dilepaskan manakala penyerang, Nicolas Anelka bakal dijual jika dia tidak bersetuju dengan lanjutan kontrak setahun.

Kontrak Deco pula akan ditamatkan mana- kala beberapa pemain yang kurang beraksi seperti Hilario, Paulo Ferreira dan Juliano Belletti turut akan dilepaskan.

Kedudukan Petr Cech sebagai penjaga gol utama juga bakal tergugat apabila Chelsea dikatakan akan membeli penjaga gol Atletico Madrid, Sergio Asenjo. - Agensi

Messi julang Barcelona


MESSI meledak dua gol pada pertemuan Barcelona menentang Stuttgart bagi aksi Liga Juara-Juara di Nou Camp semalam. Barcelona menang 4-0.


BARCELONA - Lionel Messi sekali lagi membuktikan sentuhannya cukup berbisa.

Awal pagi semalam, Messi berjaya menyumbat dua gol bagi membantu Barcelona membenam kelab Jerman, VfB Stuttgart 4-0 pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di Nou Camp.

Messi meledak gol pada minit ke-13 dan 60 dan serta masing- masing satu gol daripada Pedro (22) dan Bojan Krikic (89).

Kemenangan itu sekali gus mengesahkan tempat Barcelona ke saingan suku akhir menerusi kemenangan agregat 5-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi pertama bulan lalu.

Kejayaan mara ke suku akhir meletakkan Barcelona di kalangan lapan pasukan terbaik buat tiga musim berturut-turut selain menyelamatkan maruah Sepanyol setelah dua lagi kelab negara itu, Real Madrid dan Sevilla tersingkir.

"Hanya Manchester United berjaya mara ke suku akhir pada musim berikutnya selepas mereka muncul juara musim sebelum itu.

"Jadi saya mahu ucapkan tahniah kepada pasukan saya kerana kami berjaya melakukan perkara yang sama kali ini.

"Menjadi lapan pasukan terbaik sekali lagi dan berpeluang bersaing dengan mereka menjadikan kami kini cukup teruja," kata juru- latih Barcelona, Pep Guardiola.

Barca berkemungkinan diundi bertemu lawan sukar pada saingan suku akhir nanti tetapi bagi Guardiola, beliau tidak akan memandang rendah mana-mana pasukan yang akan mereka hadapi.

"Kami boleh mengalami kekalahan tetapi kami sesekali tidak akan memandang rendah pasukan lawan.

"Kami tak boleh pandang terlalu ke hadapan kerana final di Bernabeu pada 22 Mei depan masih jauh," jelas Guardiola.

Sementara itu, jurulatih Stutt- gart, Christian Gross berkata, tersingkirnya Real di tangan Lyon pada minggu lalu telah memberi tambahan motivasi di kalangan para pemain Barcelona.

"Barcelona jelas pasukan terbaik di dunia dan ia menjadi lebih sukar apabila kami beraksi di ha- dapan penyokong mereka," kata Gross.

Majlis undian suku akhir bakal berlangsung hari ini dan sudah pasti Barcelona sekali lagi menjadi pasukan yang mahu di elak oleh mana-mana pasukan. - Reuters

Penggantungan Ganga cetus kontroversi baru




TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah ternyata terkejut dengan penggantungan Ganga Rao sebagai Setiausaha BAM kelmarin.

Menurut Tengku Kamil, beliau tidak tahu menahu mengenai penggantungan tersebut.

Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh telah menggantung Ganga daripada tugasnya serta-merta disebabkan beberapa salah laku termasuk mengenai isu penajaan baru-baru ini.

Malah menurut sumber, Nadzmi juga telah memaklumkan keputusannya untuk menggantung Ganga kepada semua Exco BAM.

"Saya tidak tahu daripada mana timbul cerita ini," kata Tengku Kamil ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Saya hanya mengetahui perkara ini melalui akhbar. Sebagai timbalan presiden, saya sendiri terkejut dengan laporan ini.

"Setahu saya, sehingga kini (semalam) tiada sebarang surat yang telah dikeluarkan oleh BAM. Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul dan siapa sumber akhbar-akhbar ini.

"Oleh itu, selagi belum mendapat pengesahan daripada presiden sendiri dan sehingga surat belum dikeluarkan, saya anggap ini hanyalah satu khabar angin semata-mata."

Tengku Kamil turut mengakui, selain dirinya sendiri, semua Exco BAM yang lain juga tidak tahu menahu mengenai penggantungan Ganga.

"Memang saya akui, sebagai Presiden BAM, Nadzmi mempunyai hak untuk untuk meme- cat setiausaha tetapi seelok- eloknya biarlah perkara ini dibincangkan bersama semua Exco," tambah Kamil.

"Menurut laporan, presiden telah menghubungi semua Exco untuk memberitahu perkara ini tetapi selain saya, semua Exco yang lain juga tidak tahu menahu mengenai hal ini.

"Malah mereka sendiri menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian."

Sementara itu, Ganga mendakwa, beliau tidak menerima sebarang surat mengenai penggantungan tugasnya dan hanya menyedari laporan ini selepas dihubungi oleh rakannya.

"Buat masa ini, saya tidak terima sebarang maklumat daripada presiden," kata Ganga.

"Saya tiada sebab untuk bertemu dengan presiden kerana tiada sebarang surat kecuali jika presiden sendiri ingin bertemu dengan saya.

"Lebih baik saya tunggu dan lihat demi kepentingan BAM sendiri."

Bullock mangsa terbaru sumpahan Oscar


GAMBAR fail menunjukkan Bullock yang memegang Oscar bersama suaminya, James pada satu parti di Hollywood Barat pada 7 Mac lalu.


LOS ANGELES - Pemenang kategori pelakon wanita terbaik pada Anugerah Academy pada awal bulan ini, Sandra Bullock menjadi mangsa terbaru sumpahan Oscar, lapor sebuah akhbar semalam.

Bullock kini berdepan dengan masalah rumah tangga selepas hubungan sulit suaminya, Jesse James dengan seorang model, Michelle 'Bombshell' McGee selama 11 bulan dibongkar oleh media.

Bullock difahamkan telah berpindah keluar dari rumahnya pada Isnin lalu, beberapa hari sebelum cerita hubungan sulit itu tersebar.

Spekulasi rumah tangganya dengan James retak semakin hangat diperkatakan selepas Bullock membatalkan kemunculannya minggu depan di London pada promosi filem Blind Side yang telah menyebabkannya menjadi pelakon wanita terbaik pada Anugerah Academy itu.

"Saya lebih kasar berbanding Bullock. Saya suka motosikal dan mungkin mempunyai lebih banyak persamaan dengan James. Saya fikir dia (suami Bullock) kesunyian," kata Michelle kepada sebuah majalah.

Michelle turut mendedahkan bahawa dia memanggil suami Bullock dengan panggilan Vanilla Gorilla dan menceritakan tentang keintiman ketika mereka bersama kepada majalah berkenaan.

Sebelum kisah rumah tangga Bullock itu disebarkan media, seorang lagi pemenang Oscar pada Anugerah Academy, pelakon Kate Winslet telah mengumumkan perpisahannya dengan pengarah filem, Sam Mendes beberapa hari lalu.

Sumpahan Oscar yang kerap dibangkitkan oleh media ialah nasib malang yang menimpa pelakon-pelakon yang berjaya membolot Anugerah Academy.

Antara pelakon yang mengalami masalah dengan pasangan masing-masing selepas mereka membolot Oscar ialah aktres Charliza Theron, Hillary Swank dan Reese Witherspoon. - Agensi

Kuiz TV cetus kontroversi


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki sebelum dia dikenakan kejutan elektrik dalam satu kuiz televisyen di Perancis.


PARIS - Stesen televisyen France 2 di Perancis kelmarin mencetuskan kontroversi kerana menyiarkan satu dokumentari, The Game of Death mengenai satu kuiz permainan yang menguji kesanggupan peserta mengikut arahan.

Penerbit dokumentari itu, Christophe Nick menggunakan 80 peserta yang menyangka mereka bertanding dalam satu pertandingan televisyen berjudul Zone Xtreme.

Peserta-peserta itu diberitahu jika jawapan yang diberi tidak betul, seorang lelaki yang sebenarnya pelakon akan diberikan kejutan elektrik sebanyak 20 volt hingga 460 volt.

Apabila peserta silap menjawab soalan, lelaki yang berlakon dikenakan kejutan elektrik itu, Jean Paul membuat rayuan: "Tolong keluarkan saya dari sini. Saya tidak mahu lagi bermain."

Dia turut menjerit seolah-olah seperti berada dalam kesakitan kerana terkena kejutan elektrik dan berpura-pura mati.

Nick berkata, 80 peratus peserta sanggup meneruskan pertandingan itu semasa melihat 'pelakon' itu menjerit.

Menurutnya, cuma 16 peserta yang enggan meneruskan pemainan itu kerana tidak mahu melihat 'pelakon' tersebut berada dalam kesakitan. - Agensi

Wanita tinggal bersama 23 haiwan didenda




BRISBANE - Seorang wanita berumur 66 tahun, Carol Lynette Samuels (gambar), 66, didenda oleh seorang majistret sebanyak A$4,000 (RM12,196) kerana tinggal dalam sebuah kereta bersama 23 haiwan peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia turut diarahkan supaya menyerahkan semua haiwan peliharaannya itu kepada sebuah agensi yang menjaga kebajikan haiwan.

Semasa dibicarakan, Carol menyatakan dia terpaksa tinggal di dalam kereta selepas diusir dari rumahnya yang berharga A$1.5 juta (RM4.57 juta) di Pulau Macleay, Teluk Moreton kerana masalah kewangan pada tahun lalu.

Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan menemui Carol dan haiwan-haiwan peliharaannya di dalam kereta di sebuah pusat beli-belah pada September lalu selepas menerima aduan orang ramai.

Haiwan peliharaan itu ialah 11 ekor kucing Parsi, seekor kucing Himalaya dan 11 ekor anjing. - Agensi

Universal Studios dibuka 8.28 pagi


BEBERAPA pelawat melawat satu lokasi seperti yang terdapat dalam filem Mummy di Universal Studios, Singapura semalam.SEJUMLAH pelawat menaiki roller coaster di Universal Studios, Singapura semalam.


SINGAPURA - Universal Studios keempat di dunia dibuka kepada orang awam tepat pukul 8.28 pagi semalam selepas 18 tarian singa memasuki pintu masuk pada pukul 8.08 pagi.

Hari pembukaannya pada 18 Mac itu menggunakan banyak nombor lapan kerana ia dianggap sebagai bertuah.

Model-model yang berpakaian seperti aktres mendiang Marilyn Monroe dan Betty Boop berarak bersama pasukan tarian singa di sepanjang Hollywood Boulevard, salah satu daripada tujuh zon di taman seluas 20 hektar.

"Kami ingin menjadikannya destinasi nombor satu di Asia," kata Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay. Ditanya adakah Universal Studios Singapura akan hilang daya tarikannya dan mengalami kerugian seperti Hong Kong Disneyland, Lim menjawab: "Sudah pasti tidak, kami berbeza dengan Disney."




Selain Singapura, Universal Studios di Asia terletak di Osaka, Jepun; Hollywood di California dan Orlando di Florida, Amerika Syarikat.

Antara tarikan di Universal Studios itu ialah roller coaster paling tinggi di dunia, panggung wayang 4 dimensi (4-D) dan suasana berdasarkan filem-filem Hollywood seperti Madagascar dan Jurassic Park.

"Ia sangat bagus. Suasana, pengunjung dan barangan cenderamatanya setaraf dengan Universal Studios Florida," kata seorang warga Singapura yang datang bersama dua orang anaknya.

Taman tema itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan Resorts World Sentosa, milik Kumpulan Genting dari Malaysia bernilai AS$4.4 bilion (RM14.56 bilion). - Reuters

Kilang ayam mohon maaf 'kurung' wartawan


KERATAN Kosmo! 17 Mac 2010


PUTRAJAYA - Kilang memproses ayam, Global Abbatoir (M) Sdn. Bhd. memohon maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa pihak lain semalam berikutan tindakan 'mengurung' wartawan dan satu pasukan penguat kuasa Jakim di premisnya di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengarah pemasaran syarikat itu, Azrin Abdul Ajib, berkata, syarikatnya bukan mengamalkan tindakan ala samseng sebaliknya untuk mengawal aliran orang ramai yang keluar dan masuk ke premis syarikat itu.

"Sudah menjadi polisi syarikat kami tidak membenarkan sesiapa pun merakam gambar di dalam premis tanpa kebenaran bertulis.

"Kami hanya membenarkan Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil gambar untuk tujuan audit," katanya.

Azrin berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di sini semalam.

Penggunaan lampu pijar dihenti




PUTRAJAYA - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.




"Pengguna digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat-peringkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.

Peminat kecewa Sofia bergambar dengan anjing


GAMBAR Sofia bermain dengan anjing yang tersebar di Internet telah menimbulkan kemarahan peminatnya.


KUALA LUMPUR - Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya.

Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.

Salah seorang peminatnya, Siti Nazariah Isa, 20, berkata, sebagai selebriti Sofia tidak sepatutnya mendedahkan gambar tersebut untuk tatapan umum kerana ia boleh menimbulkan perasaan marah terhadapnya.

"Saya terkejut melihat gambar tersebut dan pada mulanya tidak percaya dia ialah Sofia. Selepas dilihat betul-betul, saya agak kecewa," katanya di sini semalam.

Tempat letak kereta DBKL umpama 'bom jangka'


HIMPUNAN tong gas dalam kawasan perumahan awam Setapak Jaya 1A di Sri Rampai, Kuala Lumpur membimbangkan penduduk sekitarnya.


KUALA LUMPUR – Hanya menanti saat berlakunya tragedi buruk!Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat tempat meletak kenderaan dipenuhi kira-kira 30 tong gas memasak yang mampu membawa bencana jika meletup.

Namun, itulah realiti yang perlu dihadapi penduduk di perumahan awam Setapak Jaya 1A di sini setelah sekian lama aduan mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipandang sepi.

Rozita Osman, 38, yang tinggal di tingkat 4 flat itu berasa sangat bimbang dengan keselamatannya kerana tong gas berkenaan diletakkan di kawasan meletak kenderaan sepanjang masa.

Takut kejadian tidak diingini berlaku, Rozita bertindak melaporkan perkara ini kepada pihak DBKL tetapi nyata mengecewakan kerana ia tidak diendahkan langsung.

“Saya sudah melaporkan perkara ini kepada pejabat kecil perumahan DBKL di sini tetapi tiada sebarang tindakan diambil,” katanya dalam pertemuan dengan Kosmo! semalam.

Persona Elegance lebih sporty


SYED ZAINAL menunjukkan model terbaru Persona Elegance di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Setelah hampir tiga tahun berada di pasaran tempatan, Proton Persona keluaran Proton Holdings Berhad (Proton) diberi sentuhan menawan dengan memiliki ciri-ciri tambahan yang lebih sporty.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model sedan 1.6 liter yang memiliki penguasaan pasaran sebanyak 35 peratus dalam kelas C itu turut diberi penjenamaan baru, iaitu Persona Elegance.

"Persona merupakan model jualan kedua terbaik selepas Proton Saga dan mampu mengekalkan purata jualan sebanyak 3,600 unit setiap bulan.

"Sehingga bulan lalu, sebanyak 102,914 unit Proton Persona telah didaftarkan sejak diperkenalkan di pasaran pada 15 Ogos 2007 dan Proton telah menerima tempahan sebanyak 6,898 unit bagi bulan Februari sahaja," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Persona Elegance di sini semalam.

Persona Elegance ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu Base Line, Medium Line dan High Line, ia boleh didapati di semua Proton Edar dan kedai EON mulai Sabtu ini.

Wednesday, March 10, 2010

Hospital percuma untuk kakitangan awam, pesara

Bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).

Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ismail berkata jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.

"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya.

Tuesday, March 9, 2010

Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini

Hentian bas Puduraya di Kuala Lumpur akan ditutup selama empat bulan bermula 19 Mac ini untuk kerja naik taraf.

Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd., Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, kerja menaik taraf itu diambil bagi menangani isu ketidakselesaan pengguna, kekurangan kemudahan dan kesesakan lalu lintas sekitar hentian.

"Penutupan juga terpaksa dibuat atas aspek keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Jaafar berkata, penambah-baikan itu merangkumi tiga peringkat iaitu pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Katanya, keseluruhan kerja menaik taraf dan menambah baik Puduraya setakat ini adalah 22 peratus dengan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pada 25 Februari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) yang mengumumkan penutupan itu berkata sepanjang tempoh itu pengguna bas ekspres untuk destinasi ke selatan akan menggunakan depoh sementara di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur untuk menaiki bas, manakala Hentian Duta pula digunakan bagi menempatkan bas-bas ekspres bagi perjalanan ke utara negara.

- Bernama

Mayat presiden dicuri ditemui


BEBERAPA pegawai polis semalam mendirikan khemah di lokasi penemuan mayat Papadopoulos di pinggir Nicosia.


NICOSIA - Mayat bekas Presiden Greece, Tassos Papadopoulos telah ditemui di sebuah kawasan perkuburan tiga bulan selepas sekumpulan perompak mencurinya di tanah perkuburan keluarganya, kata polis semalam.

Menurut polis Greece, mayat itu ditemui berdasarkan satu maklumat yang diperoleh daripada satu sumber.

Penemuan itu mencetuskan perbalahan antara Menteri Keadilan, Loucas Louca yang mendakwa keluarga Papadopoulos telah membayar wang tebusan untuk mendapatkan mayat tersebut.

Namun, keluarga bekas Presiden itu menafikan membayar wang tebusan untuk mendapatkan mayat berkenaan.

Jurucakap polis, Michalis Katsounotos memberitahu sebuah stesen radio bahawa ujian asid deoxyribonucleic yang dilakukan menunjukkan mayat itu ialah bekas Presiden Greece.

Mayat itu ditemui kelmarin di sebuah tanah perkuburan di pinggir Nicosia kurang lima kilometer daripada tempat pengebumian asalnya.

Bekas Presiden itu meninggal dunia pada 12 Disember 2008 kerana sakit paru-paru semasa berumur 74 tahun. - Agensi

Jalan sesak kerana burung swan


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di England semalam menunjukkan seekor burung swan duduk di atas jalan raya di Kew Bridge.


LONDON - Para pengguna jalan raya kelmarin terpaksa mengharungi kesesakan lebih sejam disebabkan seekor burung swan duduk 'berehat' di tengah-tengah jalan raya di Kew Bridge, barat daya London, lapor sebuah akhbar semalam.

Lalu lintas mulai terhenti apabila burung itu enggan berganjak walaupun diusir menyebabkan pihak polis menutup satu lorong dan mengarahkan pemandu melalui laluan bersebelahan bagi memastikan burung tersebut berada dalam keadaan selamat.

Selepas sejam, burung itu akhirnya terbang dan keadaan trafik kembali pulih.

"Kejadian itu pelik kerana seekor burung boleh mencetuskan kucar-kacir kerana ia tidak mahu berganjak (daripada kedudukannya)," kata seorang saksi. - Agensi

Pembunuh perdaya 6,000 wanita


GAMBAR menunjukkan antara gadis yang menjadi rakan Chapman di sebuah laman web perkongsian sosial.


LONDON - Dengan menggunakan pelbagai laman perkongsian sosial di Internet, seorang perogol bersiri, Peter Chapman telah memperdayakan lebih 6,000 wanita termasuk gadis dengan menyamar sebagai seorang lelaki kacak yang tidak memakai baju, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Chapman yang berusia 33 tahun dan berkepala botak itu mempunyai lebih 6,000 rakan wanita dalam 10 laman rangkaian sosial di Internet seperti Facebook dan Bebo.

Menamakan dirinya sebagai Peter Cartwright, dia memberitahu umurnya 17 tahun, bujang, seorang pembuat tingkap dan DJ sambilan dari Liverpool.

Dia berjaya menipu seorang remaja berusia 17 tahun, Ashleigh Hall untuk berjumpa dengannya di Sedgefield pada Oktober tahun lalu.

Lelaki itu yang wajah asalnya memakai cermin mata itu kemudiannya menculik, merogol dan membunuh jururawat pelatih tersebut.

Chapman kemudian mengaku melakukan perbuatan itu ketika dibawa ke balai polis Middlesbrough sehari selepas kejadian.

Dia mula menjalani hukuman 35 tahun penjara kelmarin kerana kesalahan tersebut.

Ashleigh ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur di rumah rakannya sedangkan dia pergi berjumpa Chapman. Beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui di sebuah jalan ladang. Jurucakap Facebook dalam satu kenyataan memberitahu: "Kami sangat sedih di atas kematian tragik Ashleigh Hall."

Chapman mempunyai personaliti yang mesra semasa berhubung dalam rangkaian sosial untuk meyakinkan mangsanya.

Dia sebelum ini pernah dipenjara selama tujuh tahun kerana merogol dan merompak dua pelacur.

Bagi membuatkan gadis-gadis membalas mesejnya, Chapman menghantar mesej rakan-rakannya yang meletakkan rating pada dirinya sebagai '10 daripada 10'.

Seorang gadis yang melihat gambar tersebut menghantar mesej: "Wwoooooowwwwww awak sangat seksi dan hampir membuatkan saya memberikan markah 10."

Malah, ada beberapa orang gadis yang ditanya dengan soalan-soalan berani seperti: "Adakah awak akan mengadakan hubungan seks dengan saya pada malam pertama berjumpa dengan saya?

"Adakah awak kisah jika kita melakukannya seperti seorang bintang porno?"

Seorang ibu beranak tiga berusia 39 tahun memberitahu Chapman seorang yang boleh berubah menjadi ganas jika permintaannya ditolak.

"Jika tidak membatalkan perjumpaan dengannya pada saat-saat akhir, dia mungkin telah merogol dan membunuh saya," katanya.

Seorang lagi wanita mengakui dia ada melakukan hubungan seks dengan Chapman hanya selepas beberapa jam berjumpa dengannya.

"Dia (Chapman) memberitahu ada berhubung dengan ramai wanita di Internet, tetapi tidak pernah bertemu dengan sesiapa pun."

Seorang lagi wanita berusia 46 tahun dari Chippenham juga mendedahkan bahawa Chapman meminta dia mengajak kawannya untuk melakukan hubungan seks bersama.

"Saya memberitahu kepadanya, saya tidak suka. Saya tidak percaya pernah tidur dengannya. Ia membuatkan saya berasa kotor," katanya yang tidak lagi berjumpa dengan Chapman dan terkejut dengan berita penangkapannya.

Semalam, Facebook mengeluarkan amaran dengan menggesa penggunanya supaya tidak berjumpa mereka yang tidak dikenali dan hanya diketahui menerusi Internet, selain menjadi lebih berhati-hati.

Ibu Ashleigh, Andrea meminta ibu bapa untuk bertanya anak-anak dengan siapa mereka berbual dalam talian. Andrea juga menyatakan adalah terlalu mudah untuk laman sosial itu disalah gunakan oleh golongan gila seks.

Ibu kepada orang lagi anak perempuan berumur antara satu hingga enam juga menegaskan tidak akan membenarkan mereka menggunakan Internet untuk berbual dengan rakan-rakan kerana risikonya amat tinggi.

Beliau mengkritik pihak polis kerana gagal memberi amaran mengenai Chapman selepas penjenayah itu hilang daripada 'radar' mereka selama lebih setahun.

"Saya sangat kecewa dengan sistem sedia ada. Sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk memantau para pesalah seks," kata Andrea. - Agensi

Kenapa Avatar kalah?


CAMERON


NEW YORK - Bagi pakar-pakar Hollywood, industri hiburan dan peminat Oscar, mereka masih menumpukan perhatian kelmarin berhubung persoalan: Kenapakah sebuah filem kecil dengan tidak mempunyai bintang berjaya menewaskan satu gergasi komersial?

Filem The Hurt Locker yang diarahkan Kathryn Bigelow menewaskan Avatar arahan bekas suaminya, James Cameron untuk muncul sebagai filem terbaik Anugerah Academy Ke-82 yang diadakan pada Ahad lalu di Kodak Theater, Hollywood.

Bigelow turut menggondol anugerah pengarah terbaik sekali gus menewaskan Cameron.

Filem The Hurt Locker mendapat kutipan sebanyak AS$14.7 juta (RM49.1 juta) di Amerika Syarikat berbanding Avatar yang mengisahkan kehidupan makhluk asing mendapat kutipan AS$710.6 juta (RM2.4 bilion).

Jumlah kutipan itu menyebabkan The Hurt Locker menjadi filem kutipan terendah menang di Anugerah Academy.

Filem itu tidak mempunyai bintang-bintang besar yang merupakan antara formula penting untuk berjaya mendapat Oscar.

Kenapakah The Hurt Locker menang? Banyak teori muncul berikutan kejayaan filem itu.

Filem The Hurt Locker bukan filem politik mengenai Iraq tetapi merupakan sebuah cerita mengenai tiga juruteknik sebuah pasukan pemusnah bom di Baghdad.

Ia merupakan sebuah filem aksi yang menggunakan gaya dokumentari close-up mengenai lelaki-lelaki tersebut, hubungan, kesilapan serta ketegangan yang dihadapi oleh mereka semasa bekerja.

"Itu bukannya filem yang bertujuan untuk menunjukkan penderaan dan pelanggaran peraturan perang," kata pakar filem, Profesor Robert Sklar di Universiti New York.

"Ia merupakan filem mengenai lelaki-lelaki yang cuba menyelamatkan nyawa. Filem itu mempunyai tema klasik peperangan," tambahnya.

Satu lagi teori yang dikemukakan bagi mewajarkan kemenangan The Hurt Locker ialah ia merupakan filem kecil yang mengetengahkan subjek yang amat penting.

"Kerap kali terdapat banyak filem besar tetapi ia (The Hurt Locker) ialah sebuah filem kecil yang mengetengahkan subjek penting," kata seorang pakar sejarah filem, Leonard Maltin.

Kebanyakan pengundi-pengundi Oscar tidak mementingkan kutipan box-office sesebuah filem yang dicalonkan untuk kategori filem terbaik.

"Oscar (Anugerah Academy) tidak menumpukan perhatian terhadap kutipan box-office," kata Maltin.

"Secara faktanya, pengundi-pengundi Oscar kerap dituduh menjadi terlalu elit, mengutamakan filem-filem bebas berbanding filem besar yang diminati ramai orang," katanya.

Satu lagi faktor ialah kerana pengarah filem The Hurt Locker ialah seorang wanita.

Bigelow ialah seorang yang pakar dalam membikin filem-filem yang tidak bercirikan kewanitaan.

Sistem baru memilih pemenang turut menyumbangkan kemenangan The Hurt Locker.

Pada tahun ini, terdapat 10 pencalonan untuk kategori filem terbaik berbanding lima sebelum ini.

Sebelum ini, seorang pengundi membuat satu pilihan bagi filem terbaik.

Pada tahun ini, pengundi-pengundi filem terbaik perlu menulis ranking pilihan mereka.

Satu lagi faktor ialah The Hurt Locker ialah sebuah filem yang amat bagus.

"Tengoklah semua anugerah yang dimenanginya seperti lakon layar dan suntingan bunyi," kata Sklar.

"Kualiti itu telah mempengaruhi sejumlah profesional di dalam industri yang membuat undian," tambahnya. - AP

Chef hidang keju daripada susu isterinya



ANGERER bersana isteri dan anak perempuannya.


NEW YORK - Seorang chef di sebuah restoran di kawasan perumahan Chelsea di sini, Daniel Angerer menghidangkan kepada pelanggan-pelanggan keju yang diperbuat dari susu badan isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.

"Rasanya seperti keju susu lembu. Terasa sedikit manis," katanya.

"Perasa keju itu bergantung kepada bahan-bahan yang dihidangkan bersama dan apa yang dimakan oleh ibu tersebut," kata Angerer.

Menurutnya, susu badan tidak menjadi dadih dengan baik kerana ia mengandungi kandungan rendah protein.

Dia berkata, susu lembu perlu ditambah sedikit bagi melengkapkan teksturnya.

Katanya, selepas menyebarkan kisah mengenai usahanya menghasilkan keju susu badan manusia di Internet, beberapa pelanggan mula membuat tempahan untuk merasai keju berkenaan.

Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah mencuba keju tersebut sangat positif walaupun ada pelanggan yang terasa geli untuk menjamahnya.

Pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan New York menyatakan mereka telah menasihati Angerer tidak berkongsi susu badan isterinya dengan orang lain kerana tidak ada peraturan yang menghalangnya untuk berbuat demikian.

"Pihak pengurusan restoran itu tahu bahawa keju diperbuat daripada susu payu dara bukan untuk kegunaan awam sama ada ia dijual atau diberikan," kata jurucakap jabatan tersebut. - Agensi

Nenek 101 tahun ada tanduk di dahi


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China.


LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.

Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.

Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.

Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.

Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit.

Hantu dilelong RM6,585


GAMBAR menunjukkan dua botol yang didakwa mengandungi dua hantu.


WELLINGTON - Dua hantu yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil akhirnya dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury di New Zealand pada harga NZ$2,830 (RM6,585).

Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci.

Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok.

Penjualan itu telah disahkan oleh laman web lelongan Trademe semalam.

Laman tersebut menolak tawaran oleh seorang pembida palsu yang menyebabkan harga lelongan mencecah sehingga AS$5,000 (RM16,710).

Hantu itu dikatakan seorang lelaki tua bernama Les Graham yang meninggal dunia di rumahnya pada 1920-an dan seorang budak perempuan yang muncul mengganggu rumah itu selepas satu permainan memuja roh diadakan.

Woodbury berkata, hantu-hantu itu menyebabkan dia tidak dapat makan atau tidur selain mengganggu dengan memasak air panas, menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barangan sebelum muncul di tempat lain.

"Anjing di rumah menjadi 'gila' dan tidak mahu pergi ke bilik-bilik tertentu manakala anak perempuan saudara saya terpaksa duduk bersama saya selepas dia berkata pernah bercakap dengan seorang kanak-kanak perempuan." katanya. - AFP