Myspace Layouts

Saturday, November 21, 2009

Tidak ramai jemaah haji bertopeng

Tidak ramai jemaah haji bertopeng


BERIBU-RIBU jemaah haji berjalan menuju ke Masjidil Haram di Mekah kelmarin.


MEKAH - Sejumlah poster amaran wabak influenza A H1N1 diletakkan di banyak lokasi strategik di sekitar Mekah namun kebanyakan jemaah haji di sini seperti tidak menghiraukannya.

Jemaah-jemaah masih tidak memakai penutup muka walaupun ia diberi secara percuma oleh kerajaan Arab Saudi.

"Orang ramai tidak memberi perhatian langsung terhadap poster itu. Secara peribadi saya juga tidak takut," kata seorang jemaah dari Perancis, Ashraf Abu Nimr.

Kerajaan Arab Saudi dan pihak berkuasa kesihatan meningkatkan langkah pencegahan awal sejak wabak selesema babi itu mula dikesan di Mexico pada April lalu.

Terdapat 20 kes positif influenza A H1N1 di Mekah sehingga Khamis lalu namun belum ada jemaah yang meninggal akibat penyakit itu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Khaled Marghlani.

Seramai lapan orang mendapatkan rawatan lanjut di hospital manakala bakinya sudah pulih.

Para petugas kesihatan kini bersiap sedia menjelang permulaan haji dengan ibadah wukuf di Arafah pada Khamis ini.

"Keadaan terkawal, InsyaAllah," kata Dr. Khaled.

Sehingga 11 November lalu, seramai 70 orang meninggal dunia akibat influenza A H1N1 di Arab Saudi manakala lebih 7,000 lagi disahkan positif.

Hampir 15,000 pekerja kesihatan dikerahkan bertugas pada musim haji tahun ini. - AFP

No comments:

Post a Comment