Myspace Layouts

Saturday, November 21, 2009

Banjir di Kelantan, Terengganu makin buruk

Banjir di Kelantan, Terengganu makin buruk


KANAK-KANAK seronok bermain air tanpa menghiraukan bahaya di Kampung Cheting, Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.


KOTA BHARU - Seramai 264 penduduk daripada dua buah daerah merupakan mangsa terbaru yang dipindahkan apabila gelombang kedua banjir mula melanda negeri ini petang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, seramai 250 penduduk dari Kampung Telekong, Kuala Krai dekat di sini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Telekong, Kuala Krai kira-kira pukul 4 petang.

"Seramai 14 orang daripada tiga keluarga di Rantau Panjang pula dipindahkan petang semalam," katanya.

Gelombang pertama banjir yang berlaku pada awal bulan ini menyaksikan lebih 3,000 penduduk dipindahkan terutama di Rantau Panjang dan Tumpat dengan dua kematian dilaporkan.

Catatan paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah pula sudah melepasi paras bahaya dengan bacaan 23.72 meter manakala paras bahaya sungai ialah 23.50 meter.

Bacaan sungai yang sama di Rantau Panjang pula mencecah 8.98 meter iaitu menghampiri paras bahaya 9 meter.

Sementara itu, di Terengganu, seramai 299 mangsa daripada 65 buah keluarga di empat buah daerah terpaksa dipindahkan akibat banjir gelombang kedua sejak malam semalam.

Kumpulan pertama yang dipindahkan ialah dari Dungun iaitu seramai 31 orang yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Maklumat daripada jurucakap Majlis Keselamatan Negeri sehingga pukul 2 petang semalam menunjukkan daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu seramai 143 mangsa.

No comments:

Post a Comment